Adakah layak menuntut elaun perjalanan semasa menerima rawatan.

Pegawi 1- pesakit, pegawai 2 - isteri/pengiring.

Pegwai 1 telah menerima rawatan di sebuah hospital besar (negeri lain) dari 25/02/2016 hingga 10/03/2016. Di sini isteri beliau ingin menuntut elaun perjalanan/lojing/makan selama lima hari pada bulan Mac 2016.Pada bulan yang sama pesakit terpaksa menerima rawatan susulan di hospital yang sama tetapi pada tarikh yang berlainan.

Soalan :
I. Adakah beliau (pesakit) layak menuntut elaun perjalanan semasa beliau menerima rawatan susulan berikut, sedangkan isteri beliau telah membuat tuntutan selama 5 hari pada bulan yang sama?
II. Sekiranya pesakit perlu membuat rawatan susulan pada bulan yang berikutnya, adakah beliau layak membuat tuntutan?
III. Adakah tuntutan yang dibuat oleh pengiring adalah betul?

Jawapan : Perintah Am 42(a), Bab B (Elaun-elaun dalam Perkhidmatan Awam) Tahun 1974 menetapkan apabila seseorang pegawai perubatan mengesahkan bahawa seseorang pegawai atau keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas, dan dia atau keluarganya tidak dikehendaki tinggal di hospital, maka pegawai itu boleh dibenarkan menuntut semua elaun yang ia berkelayakan di dalam bab ini, termasuk bayaran sewa hotel atau lojing, seolah-olah ia sedang dalam perjalanan rasmi kerana urusan perjalanan untuk mendapatkan rawatan itu bagi dirinya atau ahli keluarganya. Perkara 15, Lampiran D7, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 pula membenarkan seorang pengiring jika diperakukan oleh pegawai perubatan tempatan. Elaun-elaun bertugas rasmi adalah dibenarkan untuk pengiring, seolah-olah ia menjalankan tugas rasmi ketika mengiringi pesakit, tidak melebihi lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan pegawai berkenaan.

Jawapan I: Secara prinsipnya, pegawai boleh menuntut elaun perjalanan bagi rawatan susulan pada bulan yang sama walaupun isteri beliau yang juga merupakan kakitangan awam telah membuat tuntutan berkenaan pada bulan tersebut. Ini adalah kerana tuntutan pasangan berkenaan adalah berdasarkan sesi rawatan yang berbeza. Mengikut maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bagi pegawai yang kedua-duanya merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan hendaklah dibuat oleh salah seorang (suami atau isteri sahaja), tidak kira sama ada pegawai itu pesakit atau pengiring. Namun pegawai (pesakit) boleh membuat tuntutan mengikut bilangan sesi rawatan yang diberikan oleh pegawai perubatan. Pada pandangan Audit, pegawai (pesakit) layak untuk membuat tuntutan rawatan susulan tersebut kerana tempoh tuntutan pesakit dan pengiring adalah berdasarkan sesi rawatan yang berbeza. Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk menetapkan garis panduan dalaman bagi mengelakkan tuntutan dua kali oleh pegawai. Mengikut amalan terbaik, tuntutan sepatutnya dibuat oleh pegawai yang menggunakan Guarantee Letter beliau bagi memudahkan proses tuntutan dibuat.

Jawapan II: Sekiranya pesakit perlu membuat rawatan susulan pada bulan yang berikutnya, beliau boleh membuat tuntutan elaun perjalanan mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan manakala isteri beliau tidak boleh membuat tuntutan pada bulan berkenaan.

Jawapan III: Tuntutan elaun bertugas rasmi tidak melebihi lima (5) hari berasaskan kepada kelayakan pegawai boleh dibuat jika pengiring dibenarkan dan diperakukan oleh pegawai perubatan tempatan tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991.

ID Soalan
5X6JC9
Hits
7205