Adakah pegawai yang bersara layak untuk menerima Elaun Perpindahan (5 hari sebelum dan 3 hari selepas bagi tuntutan elaun makan dan lojing/hotel)

Soalan : Mohon Penjelasan samada pegawai yang bersara layak untuk menerima Elaun Perpindahan (5 hari sebelum dan 3 hari selepas bagi tuntutan elaun makan dan lojing/hotel). Pegawai yang akan bersara berasal daripada Kuala Lumpur dan sekarang berkhidmat di Sabah.

Jawapan : Perintah Am 38 Bab B mengenai Pemberian Pindahan Bagi Pegawai Yang Bersara dan Pekeliling WP 1.2/2013 Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Bagi Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Bertukar/ Berpindah Rumah adalah dirujuk. Perintah Am 38 Bab B telah memberikan penjelasan mengenai pemberian pindahan dan lain-lain elaun yang biasa boleh dituntut oleh seseorang pegawai yang bertukar, bagi dirinya dan keluarganya dari tempat akhir ia berkhidmat ke tempat yang dipilihnya untuk bersara ke mana-mana sahaja dalam Malaysia. Manakala Perenggan 3.1.1.10 dan 3.1.1.11 memberikan kebenaran untuk pegawai membuat tuntutan Elaun Gantian Makan serta Bayaran Sewa Hotel di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan bagi tempoh 3 hari sebelum dan 5 hari selepas bertukar mengikut syarat yang telah ditetapkan di dalam pekelling tersebut. Sehubungan itu, pihak Audit berpandangan pegawai adalah layak membuat tuntutan berdasarkan pekeliling yang dinyatakan.

ID Soalan
WF05R3
Hits
7621