Perolehan aset bernilai lebih RM1,000.00 dan kurang daripada RM2,000.00.

Mohon panduan dan pandangan berkaitan perolehan aset bernilai kurang@lebih RM1,000.00 dan kurang daripada RM2,000.00. Contoh perolehan kategori peralatan pejabat adalah seperti mesin faks (RM1,200.00), mesin penjilid (RM550.00), Blind curtain (RM1,500.00).

Soalan 1 : Adakah aset-aset ini dikategorikan aset alih bernilai rendah (aset alih tidak dipermodalkan) seperti 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) dan perolehannya mengikut kadar yang ditetapkan? atau

Soalan 2: Adakah perolehan aset bernilai RM1,000.00 ke atas pada masa ini (2016) masih tertakluk untuk menggunakan pekeliling terdahulu yang dikategorikan sebagai harta modal?

Soalan 3 : Adakah aset-aset ini boleh dibeli menggunakan kod objek OS27000 atau perlu menggunakan kod objek OS35000?

Jawapan : Pekeliling Perbendaharaan PS1.1 "Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan dan KP2.1 “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan: Pendahuluan adalah dirujuk. Panduan Penggunaan Penjenisan Kod Hasil dan Perbelanjaan (Lampiran A) dan Jadual Penjenisan Kod Hasil dan Perbelanjaan (Lampiran B) dalam Pekeliling PS1.1 menerangkan penggunaan Kod Objek Sebagai (OS) 27000 “Bekalan dan Bahan-bahan Lain adalah merangkumi pembelian barang-barang luak tanpa mengambil kira harga setiap unit dan pembelian barang-barang tak luak yang berharga kurang daripada RM1,000 setiap unit serta termasuk pembelian barang-barang tak luak yang berharga RM1,000 atau lebih setiap unit dan tidak disenaraikan di bawah OS34000 atau OS35000. Definisi Istilah dalam Pekeliling PS1.1 juga menerangkan maksud Alat Kelengkapan adalah alat-alat yang diperolehi dengan tujuan menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu untuk memenuhi kehendak sesuatu agensi Kerajaan, contohnya alat kelengkapan pejabat-alat taip dan mesin pengira untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan kewangan manakala istilah Perabot dan Kelengkapan adalah semua perkakas selain daripada kelengkapan, yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah bangunan seperti kerusi, meja, meja tulis, langsir dan sebagainya. Para 3 dalam Pekeliling KP2.1menetapkan Kumpulan Aset Alih terbahagi kepada 2 iaitu Harta Modal (Aset Alih Dipermodalkan) yang harga perolehan asalnya RM2,000 atau lebih bagi setiap unit dan Aset Alih Bernilai Rendah (Aset Alih Tidak Dipermodalkan) yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM2,000 bagi setiap unit. Justeru, kaedah perolehan aset (PS1.1“ Penjenisan Kod Bagi Hasil Dan Perbelanjaan) hendaklah dibezakan dengan kaedah pendaftaran aset (KP2.1 “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) mengikut pekeliling ditetapkan. Berdasarkan pekeliling tersebut, perolehan peralatan pejabat di bawah OS35100“ Alat Kelengkapan Pejabat, Perabot dan Lengkapan dan Kumpulan Buku berharga lebih daripada RM1,000 hendaklah dibeli di bawah OS35000. Bagi pendaftaran aset, PS1.1 berkuat kuasa 1 Januari 2015 menetapkan bahawa aset yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM2,000 bagi setiap unit hendaklah didaftarkan sebagai Aset Alih Bernilai Rendah (Aset Alih Tidak Dipermodalkan).

ID Soalan
27MTLP
Hits
8402